Tuesday, 20 September 2011

Akhirnya...

masjid ahmad shah , curi2 amek masa keta tgh gerak hasil dia oke la juga

kt teluk Cempedak, tapi matahari malu time nih

l
kat cherating masa ni.. mujur tak tomoih dalam parit tuh , tp mmg best tempat ni damai giler

ni kt Dungun belakang UITM, my big bro amek gmbo ni, terasa jd model sat

nilah kami tiga beradik, yg galas beg tu ckgu Rina tp la ni amek unpaid leave smpi ujung bulan depan

terasa glamer itik oren ni, sbb ade org nk amek gmbo

manusia paling garang dlm family n isteri dy la yg plg cool n sporting, apa2 citer kt dia konfom selamat

saya dan my lit sis, nk jadi isteri org dh ..

nila antara yg saya dan capture dari keta, kt sekitar masjid kristal

Kuala terengganu pada waktu malam dari tingkat 14

singgah untuk lunch kt Temerloh, titik tengah semenanjung

nilah pemandang terbest yg saya dapat tengok kt Dungun, merisiko kan diri naik atas batu utk dapat kan shoot ni

Pantai Dungun , sangat bersih. Ada orang snorkeling di sini

Pantai di DUngun dari atas puncak batu nih..
Rasanya agak lama kowt saya tak update blog ni. Bukan apa, bz dengan asigment dan berjalan-jalan ke Pantai Timur, .Ini adalah kali kedua tahun ni saya ke sana setelah berkunjung pada akhir April lalu. Saya dan keluarga mulakan perjalanan ke sana sesudah subuh pada hari Malaysia itu. Mulanya niat saya cuma mahu menghabiskan cuti sambil menyelesaikan tugasan yang diberikan. Tugasan tinggal tugasan , hurmm berjalan tetap nombor satu. Destinasi pertama kami ialah Kuantan . Berkunjung ke rumah teman adik saya. Di sana kami menikmati nasi dagang yang tersedap saya pernah rasa. Malah makin sedap sebab free ..Haha, Seterusnya saya sempat menghabiskan masa senggang kami di Teluk Cempedak. Ingat nk shoot gambar matahari terbenam tapi hari tu, matahari mencemburui saya, jadi dia tidak muncul selepas sejam menunggu. Seterusnya saya mencuba nasib di Cherating sama juga hasilnya. Malam itu kami me'lepak'ing di sekitar Tg Lumpur sambil menikmati secawan teh ais hahha. Di situ saya dapati si pemotong ikan masih sempat berFB hurmm.. Nasib tak jadi apa2 kalau kena kejutan elektrik jenuh.. Kalau dia terbakar sorang tak mengapa macam mana kalau kami jugak turut terbakar. Bila difikirkan balik macam-macam cara digunakan untuk melayan FB ,betapa ADDICT nyer pemotong ikan itu ya. Sama juga seperti saya, tapi saya mampu idop tanpa FB setelah line tpon dipotong. HUrmm . Bezanya saya menikmati FB tanpa memotong ikan haha. Perjalanan seterusnya adalah ke Kuala terengganu. Mulanya niat kami mahu ke Mersing, Tg Piai dan Desaru. Tetiba haluan tertukar selepas menikmati breakfast di Hai Ping Coffe Kemaman. Bagai orang mengantuk di sorongkan bantal begitu juga kami.Terus ke sana sesuka hati. Jangan salahkan saya, salahkan abang saya kerana stereng itik berada  di tangan dia pada waktu tu. Kami sampai tengah hari. Hotel yang kami dapat sangat murah RM137 pernight bersama breakfast. Mintak pulak tingkat paling atas tingkat 14 .Memang betol2 menikmati keindahan Kuala terengganu. Di situ saya tak berpeluang melihat DYMM Seri Paduka Baginga Yang Dipertuan Agung kecuali kakak dan adik saya. Baginda hadir untuk merasmikan hotel itu. Hurmm cuti sampai tak ingat dunia. Pagi semalam kami pulang dari Terengganu dan singgah sebentar di kawasan titik tengah Malaysia , Temerloh.Nak makan ikan patin tak mampu maka makan saja la nasi goreng , bapak kena katok arr mentang2 keta KCR suka2 hati ja. Tapi tak pa saya x kisah sangat bab2 makan ni asalkan kenyang dan sedap. Akhirnya kami samapi di KL jam 8 malam setelah 10 jam dalam perjalanan. Penat tapi best. Yang tak best asigment belum siap. Tapi malam ni saya gagahi juga walaupun tak larat untuk siapkan lakaran trek olahraga seperti yang diminta bersama-sama dengan labelnya sekali. Akhirnya asigment yang menjadi beban utnuk saya sebulan ini langsai sudah. Lepas ini asigment hanya melibatkan penulisan bukan lagi teknikal seperti ini. Bukan apa tangan yang lembut gemalai ni jadi keras selepas 14 tahun tidak memegang jangka lukis dan protecter hahaha.. Semua jadi tak licin. Hurmm janji nampak dan boleh baca trek saya cukup.

No comments:

Post a Comment