Monday, 5 September 2011
Huh..
Bila rasa penat dengan keadaan emosi kita kadang-kadang menguasai diri. Fitrah manusia namanya yang sememangnya tidak diciptakan seperti kejadian malaikat. Saya juga begitu. Saya tidak tahu bagaimana melahirkan perasaan kecewa saya pada salah seorang'anak ' saya. tetapi itulah yang diekspress kan. Bukan apa sebagai tanda protes apabila permintaan saya tidak diendahkan. Kalau saya bukan sesiapa pada dia , kenapa perlu ada ada saya dalam hidup dia. Saya cukup terluka dengan keadaan tetapi mengapa dia perlu menambah lagi kelukaan saya yang terbentang di depan mata. Permintaan saya cuma sedikit berbanding dengan keputusan saya untuk memilih dia. Apa yang saya rasa ketika ini adalah perasaan kecewa dan terguris dengan dia. Mengapa perlu ada DIA di antara saya dan dia. Istimewa sangat ke DIA sehingga permintaan saya yang sekecil itu tidak mampu dipenuhi. Ternyata mungkin andaian saya benar , dia tidak memerlukan saya seperti mana saya perlukan dia. Dia tidak menyayangi saya seperti mana saya menyayangi dia. Saya terlalu sayang tetapi apabila permintaan saya yang saya rasa bukanlan terlalu besar dipertikaikan, apa lagi makna saya dalam hidup dia. Mungkin mengasingkan diri untuk sementara adalah jawapan yang terbaik dengan harapan dia mengerti dan tahu betapa dalam nya luka emosi yang telah saya alami. Bukan sekali tetapi berkali-kali sehingga saya tak mampu lagi nak hadapi si Dia pujaan hati anda ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment