Wednesday, 14 September 2011

semua akan oke kan???

Inilah tempat kami bermalam di Kenyir.. sgt menarik

semasa di tasik kenyir..

tasik kenyir pada waktu pagi subhanallah
Baru hari ni saya berkesempatan untuk menulis di sini. Buka apa kerana terlalu sibuk mengejar dateline tugasan yang rata-ratanya akan berakhir pada minggu ini dan minggu depan. Syukur segala urusan untuk ke Bandung hampir selesai. Maka akan bermula la perjalanan kami ke sana  selama 4 hari 3 malam. Dalam keriangan hati saya terusik dengan seribu satu pertanyaan. kemanakah menghilangnya salah seorang 'orang' penting penguat jiwa saya ketika saya sedih.. berkali2 saya cuba hubungi hurmm gagal. Tak pa mungkin busy sangat kot sampai semua dioffkn . Saya tak paham kenapa dan mengapa. Saya cuba cari jawapan tapi belum saya temui sampai sekarang. Saya betul2 berdoa dan berharap yang 'orang' yang saya sayang tu berada dalam keadaan baik dan sihat-sihat saja tanpa sebarang cacat cela. Biarla dia terus memandang saya sebagai seseorang yang telah mencacatkan hidupnya. tapi apa boleh buat saya adalah saya. Saya mencintai diri saya seadanya. Saya tidak mampu untuk puaskan hati semua pihak. Hurmm untuk dia.. Jangan terlalu lama berhibernasi kerana ini tidak baik untuk anda dan saya. Apa yang boleh saya buat adalah terus berdoa agar Allah bagi petunjuk dan berikan jalan yang sebenar untuk dia. Jauh di sudut hati saya.. saya sangat sayang kan anda kerana andalah sebahagian dari kehidupan saya. Perasaan itu tidak pernah berubah sejak mula sehingga sekarang dan insyaAllah sampai bila2. Anda ambil masa anda untuk menilai sebenar-benarnya saya tanpa bias pada mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment