Tuesday, 3 January 2012

Perpisahan Terasing..

Setelah hampir tiga bulan baru saya berpeluang untuk mengupdate blog ni. Cuti selama 46hari dimanfaatkan sepenuhnya.. meronda sakan.

PAsti mekanik keta saya akan terkujat pengsan kerana saya berjaya menghabiskan 5000km dlm masa x sampai sebulan.. Hebatkan .berjalan sungguh. Kalau la keta saya tu mampu berkata-kata dia pasti kata .. AKU BISA haha..
Kepulangan saya ke hometown penghujung Oktober lalu setelah berkelana selama 14 minggu di Seremban cukup mengejutkan saya.. Bukan apa, DIA , setelah sekian lama menghilangkan diri akhirnya muncul secara tiba-tiba. Saya sangat  bersyukur dan menadah tangan kepadaNYA kerana kembali kan 'dia' pada kami semula.. Saya tidak mahu apa2 darinya cukup sekadar dia mampu melakukan sesuatu demi masa depannya sendiri. Sesuatu yang membawa kebaikan kepada agama, famili dan masyarakat.

 Dia  itu saya jaga seperti darah daging saya sendiri kerana diamanahkan oleh ayahnya yang agak busy dengan urusan duniawi. Alasan ringkas yang diberikan dia terlalu sibuk dengan urusan harian. Almaklumlah sibuk membuka banyak cwangan. Dia, si anak saya terima dengan senang hati kerana saya beranggapan bahawa itu adalah amanah si ayah pada saya. Anak orang tetap anak orang. Saya cuba membentuk si Dia dengan acuan saya sendiri kerana tercabar dengan ego si ayah yang berkata pada saya.. "Saya dah cuba acuan saya, Fad cubalah acuan Fad, tengaok berjalan atau tidak?". Saya sahut cabaran si ayah. ternyata formula saya agak berkessan. Tumpuan dan kasih sayang adalah pnting dalam sesuatu institusi kekeluargaan. 
Entah di mana salahnya saya lupa.. bahawa si dia itu anak orang bukan anak saya. Tindakannya kembali ke tabiat asal benar2 mencabar dan menduga keimanan saya. jadi saya mengambil keputusan untuk meninggalkan hometown saya dan berkelana ke seremban untuk mengubati rasa sakit hati .
Benar lah kata orang tua, jika seseorang itu pergi meninggalkan kita, lepas kan dia , jika dia pulang semula ke pangkuan kita, kita adalah lebih baik dari yang sebelumnya. Jadi jangan pernah melepaskan dia pergi lagi sekali.
Hurmm , entah di mana silapnya saya dan dia.. kami terpisah lagi sekali  kali ini bukan apa untk memuaskan hati keluarganya  yang tiba2 menjadi kurang senang dengan saya akibat dari hasutan . Saya tak kisah kerana saya pernah kehilangan dia dan tidak pernah takut untuk rasa hilang lagi sekali. Kehilangan dia sewaktu kali pertama amat memeritkan dan mungkin kehilangan dia pada waktu ini tidak seteruk dahulu, Cuma satu peringatan  , saya pernah  membantu keluarga ini tetapi akhirnya saya disakiti dengan fitnah dan hinaan. Tapi saya percaya pada KARMA, dan WHAT YOU GIVE YOU'LL GET BACK.  Dan saya pasti itu akan berlaku kerana kita tidak akan selamanya berada di atas. Saya terima penghinaan ini sebaiknya kerana saya tahu siapa saya, dan saya tahu  siapa mereka. Yang ada dalam hati sekarang rasa simpati kerana tidak mahu DIA terus-terusan berada dalam keadaan yang tidak betul. Kepada DIA saya betul2 mahu anda berubah menjadi anak yang baik dan taat padaNYA. Saya tanggung penghinaan ini demi awak supaya awak menjadi manusia yang hidup berlandas fitrah. Bukan beralih arah. Saya tahu satu hari nanti awak pasti akan berubah . Cuma masa, keadaan yang membezakannya. Saya akan terus bersabar menunggu hari itu. Sebab saya tahu , kalau hidayah tu ALLAH nak berikan pada awak, sekejap saja awak pasti boleh berubah. Saya harapkan HIDAYAH itu ada untuk awak sebelum saya menutup mata...






Tuesday, 18 October 2011

Sgt menyesakkan..

Hari ni  baru saya berpeluang untuk mengup date blog ni. Terasa sgt x sempat. Kekangan masa dan keadaan. Sejak blik dr terengganu, minggu berikutnya saya menjelajah ke Taman Negara Tahan dan yang terakhir sekali terbang ke Kota kembang, Bandung. Banyak pengalaman unik, tersurat dan tersirat saya lalui.. banyak pengalaman saya lihat dan saya teliti. betapa bersyukurnya saya berada di tempat sendiri. Bandung memang mengasikkan. Kotayang penuh dengan keindahan alam. Tapi apa boleh buat, tekak saya tekak orang malaysia. Makanan di sana mungkin tidak banyak berbeza dengan kita. tetapi tak tahu la kenapa tekak saya sukar menerima. Hari last di sana, setelah saya diisytihar jutawan FAKIR merupakan hari yang paling saya tunggu. Bukan apa, rindu nak dengar suara family dan 'anak-anak ' saya. Terasa lama walaupun saya ke sana sekejap saja.Walaupun tekak tidak dapat menerima masakan sana, tetapi hati saya berbunga-bunga untuk kembali ke sana lagi. Bukan apa, saya rasa sedikit tenang apabila berada di celah-celah bukit yang nyaman berpaksikan kepada keindahan dan kesejukan alam semulajadi. saya cuma anak kampung yang membesar di kampung. Kadang-kadang saya merindui masa silam saya. Saya bebas dari memikirkan keserabutan dan masalah kerja. Waktu saya hanya ditumpukan dengan belajar la sangat dan bermain. berlari-lari di atas batas bendang, menangkap ikan dan memnjat pokok. Kalau saya dapat putar waktu 20 tahun dulu, saya la manusia yang paling bahagia masa tu. Tapi apakan daya.. saya perlu menempuh hidup ini dengan berani. kadang-kadang saya goyah juga.Masa tu , tiada tempat saya mengadu dan betul2 mengharap keajaiban dari DIA. Alhamdulillah.. DIA sangat hebat. MelaluiNya saya bangun dan melangkah kembali.
ni di Cihampelas lepas beli kain batik kt family

Bersama housemate dan juga org yg bnyk membntu saya dalam misi ni

bersama2 dengan lecturer jabatan PJ IPGKRM

Di Tangkuban Perahu

Teman baik saya, Charli Irawan di Puncak Bandung

Masa ni bahagia sangat sbb dlm perjalanan pulang

Saya di Taman Negara

Depan rumah orang asli suku Batik
     Minggu lalu adalah minggu yang agak best bagi saya kerana setelah sebulan, saya berpeluang kembali ke kampung saya. Benarlah kalau dah jiwa kedah tetap Kedah juga. Bayangkan ,saya memandu sendirian tanpa henti semata-mata mahu menjenguk ibu ayah dan 'anak-anak ' saya yang dah lama saya tinggalkan. Saya sangat bahagia dapat menghabiskan dua hari di sana bersama-sama mereka. Sangat indah walaupun terselit cerita suka di dalam duka. Inilah yang selalu saya impikan selama saya berada di sini. jauh memang jauh walaupun tidak sejauh Kanada  tetapi saya tidak dapat berjumpa dengan famili dan anak-anak saya seperti selalu. Hari ini untuk ke berapa kalinya saya perang lagi.. tapi perang kali ni sangat menyesakkan dada. Sekarang saya mampu menadah tangan agar peperangan ini berada di penghujungnya. Saya tidak mahu memusuhi dan dimusuhi oleh orang yang saya sayang. tapi berperang itu adalah satu kelaziman bagi saya untuk betulkan keadaan. Mungkin belum masanya dia sedar dan tahu kenapa saya mencetuskan perang itu. Kepada dia kalau terbaca blog ini.. saya dengan rendah hati pohon dimaafkan . Sebab yang saya tahu mungkin saya keterlaluan tapi itu lah sebenarnya impak di laur jangkaan. Saya adalah manusia yang sukar diramal oleh sesiapa dan saya juga sukar meramal siapa saya.. Semuanya akan tercetus sendiri apabila berlaku perkara yang saya rasa sukar untuk saya fahami.

Tuesday, 20 September 2011

Akhirnya...

masjid ahmad shah , curi2 amek masa keta tgh gerak hasil dia oke la juga

kt teluk Cempedak, tapi matahari malu time nih

l
kat cherating masa ni.. mujur tak tomoih dalam parit tuh , tp mmg best tempat ni damai giler

ni kt Dungun belakang UITM, my big bro amek gmbo ni, terasa jd model sat

nilah kami tiga beradik, yg galas beg tu ckgu Rina tp la ni amek unpaid leave smpi ujung bulan depan

terasa glamer itik oren ni, sbb ade org nk amek gmbo

manusia paling garang dlm family n isteri dy la yg plg cool n sporting, apa2 citer kt dia konfom selamat

saya dan my lit sis, nk jadi isteri org dh ..

nila antara yg saya dan capture dari keta, kt sekitar masjid kristal

Kuala terengganu pada waktu malam dari tingkat 14

singgah untuk lunch kt Temerloh, titik tengah semenanjung

nilah pemandang terbest yg saya dapat tengok kt Dungun, merisiko kan diri naik atas batu utk dapat kan shoot ni

Pantai Dungun , sangat bersih. Ada orang snorkeling di sini

Pantai di DUngun dari atas puncak batu nih..
Rasanya agak lama kowt saya tak update blog ni. Bukan apa, bz dengan asigment dan berjalan-jalan ke Pantai Timur, .Ini adalah kali kedua tahun ni saya ke sana setelah berkunjung pada akhir April lalu. Saya dan keluarga mulakan perjalanan ke sana sesudah subuh pada hari Malaysia itu. Mulanya niat saya cuma mahu menghabiskan cuti sambil menyelesaikan tugasan yang diberikan. Tugasan tinggal tugasan , hurmm berjalan tetap nombor satu. Destinasi pertama kami ialah Kuantan . Berkunjung ke rumah teman adik saya. Di sana kami menikmati nasi dagang yang tersedap saya pernah rasa. Malah makin sedap sebab free ..Haha, Seterusnya saya sempat menghabiskan masa senggang kami di Teluk Cempedak. Ingat nk shoot gambar matahari terbenam tapi hari tu, matahari mencemburui saya, jadi dia tidak muncul selepas sejam menunggu. Seterusnya saya mencuba nasib di Cherating sama juga hasilnya. Malam itu kami me'lepak'ing di sekitar Tg Lumpur sambil menikmati secawan teh ais hahha. Di situ saya dapati si pemotong ikan masih sempat berFB hurmm.. Nasib tak jadi apa2 kalau kena kejutan elektrik jenuh.. Kalau dia terbakar sorang tak mengapa macam mana kalau kami jugak turut terbakar. Bila difikirkan balik macam-macam cara digunakan untuk melayan FB ,betapa ADDICT nyer pemotong ikan itu ya. Sama juga seperti saya, tapi saya mampu idop tanpa FB setelah line tpon dipotong. HUrmm . Bezanya saya menikmati FB tanpa memotong ikan haha. Perjalanan seterusnya adalah ke Kuala terengganu. Mulanya niat kami mahu ke Mersing, Tg Piai dan Desaru. Tetiba haluan tertukar selepas menikmati breakfast di Hai Ping Coffe Kemaman. Bagai orang mengantuk di sorongkan bantal begitu juga kami.Terus ke sana sesuka hati. Jangan salahkan saya, salahkan abang saya kerana stereng itik berada  di tangan dia pada waktu tu. Kami sampai tengah hari. Hotel yang kami dapat sangat murah RM137 pernight bersama breakfast. Mintak pulak tingkat paling atas tingkat 14 .Memang betol2 menikmati keindahan Kuala terengganu. Di situ saya tak berpeluang melihat DYMM Seri Paduka Baginga Yang Dipertuan Agung kecuali kakak dan adik saya. Baginda hadir untuk merasmikan hotel itu. Hurmm cuti sampai tak ingat dunia. Pagi semalam kami pulang dari Terengganu dan singgah sebentar di kawasan titik tengah Malaysia , Temerloh.Nak makan ikan patin tak mampu maka makan saja la nasi goreng , bapak kena katok arr mentang2 keta KCR suka2 hati ja. Tapi tak pa saya x kisah sangat bab2 makan ni asalkan kenyang dan sedap. Akhirnya kami samapi di KL jam 8 malam setelah 10 jam dalam perjalanan. Penat tapi best. Yang tak best asigment belum siap. Tapi malam ni saya gagahi juga walaupun tak larat untuk siapkan lakaran trek olahraga seperti yang diminta bersama-sama dengan labelnya sekali. Akhirnya asigment yang menjadi beban utnuk saya sebulan ini langsai sudah. Lepas ini asigment hanya melibatkan penulisan bukan lagi teknikal seperti ini. Bukan apa tangan yang lembut gemalai ni jadi keras selepas 14 tahun tidak memegang jangka lukis dan protecter hahaha.. Semua jadi tak licin. Hurmm janji nampak dan boleh baca trek saya cukup.

Wednesday, 14 September 2011

semua akan oke kan???

Inilah tempat kami bermalam di Kenyir.. sgt menarik

semasa di tasik kenyir..

tasik kenyir pada waktu pagi subhanallah
Baru hari ni saya berkesempatan untuk menulis di sini. Buka apa kerana terlalu sibuk mengejar dateline tugasan yang rata-ratanya akan berakhir pada minggu ini dan minggu depan. Syukur segala urusan untuk ke Bandung hampir selesai. Maka akan bermula la perjalanan kami ke sana  selama 4 hari 3 malam. Dalam keriangan hati saya terusik dengan seribu satu pertanyaan. kemanakah menghilangnya salah seorang 'orang' penting penguat jiwa saya ketika saya sedih.. berkali2 saya cuba hubungi hurmm gagal. Tak pa mungkin busy sangat kot sampai semua dioffkn . Saya tak paham kenapa dan mengapa. Saya cuba cari jawapan tapi belum saya temui sampai sekarang. Saya betul2 berdoa dan berharap yang 'orang' yang saya sayang tu berada dalam keadaan baik dan sihat-sihat saja tanpa sebarang cacat cela. Biarla dia terus memandang saya sebagai seseorang yang telah mencacatkan hidupnya. tapi apa boleh buat saya adalah saya. Saya mencintai diri saya seadanya. Saya tidak mampu untuk puaskan hati semua pihak. Hurmm untuk dia.. Jangan terlalu lama berhibernasi kerana ini tidak baik untuk anda dan saya. Apa yang boleh saya buat adalah terus berdoa agar Allah bagi petunjuk dan berikan jalan yang sebenar untuk dia. Jauh di sudut hati saya.. saya sangat sayang kan anda kerana andalah sebahagian dari kehidupan saya. Perasaan itu tidak pernah berubah sejak mula sehingga sekarang dan insyaAllah sampai bila2. Anda ambil masa anda untuk menilai sebenar-benarnya saya tanpa bias pada mana-mana pihak.

Sunday, 11 September 2011

Andai itu TakdirNya

arnab kena kejar haha

berjoging dalam kandang arnab

di Japanase garden, ikan dia besaq2 betis saya

tak dapat ke Disneyland kt sini pun uke

ada bnyk pokok pine kt situ rasa cm p dok ober d sea plak

menunggu patukan angsa sexy ..

habis santai dah tue..

hampir hujan

penat selepas mendaki

masa ni she ilmar lepas kena kencing dengan arnab jantan
Kemarin saya tidak sempat langsung menjengah ke blog ini hatta dek kesibukan yang 'terlampau'. banyak tugasan yang diberikan dan perlu dihantar esok Isnin, kalau lambat alamatnya ke Tampin la kami malam esok. Walaupun 'bz' yang terlampau , saya masih sempat meluangkan masa saya menerjah je Bukit Tinggi Pahang . Banyak tempat menarik yang di sana. Saya mengambil kesempatan untuk mengejar arnab dalam kandang dan mendaki sehinggga ke 3500 kaki dari paras laut. Penat tapi menyeronokkan. Hurmmm.. segala persoalan saya terjawab semalam. Apa yang saya cari saya dah  saya temui. Tq awak kerana buat saya mcm ni. Awak lebih mendengar cakap-cakap orang lain berbanding dengan kenyataan yang keluar dari mulut saya. Saya sangat sedih dan terluka. Hahahah bak kata sepupu saya, drama swasta apa yang keluaq pagi-pagi buta nih. Tapi serius saya terasa dengan tindakan awak yang menuduh saya berkali - kali. Tapi saya mengambil keputusan untuk tidak membela diri saya kerana saya tahu awak akan terus-terusan menghukum saya. JAdi tak guna saya membela diri kerana saya tahu jawapan awak tetap sama. Saya ditimbuni dengan banyak kerja kursus, tapi semalam saya dibebani dengan kata putus dan tindakan awak. TAk pa awak, saya terima semua tu sebagai satu benda yang positif. Hakikatnya hati saya pecah dan hancur dengan tindakan awak. Saya tahu saya tidak sebaik awak dan semulia awak. Jadi , awak bebas untuk menghukum saya selagi awak mahu. Cuma satu , kepada orang yang membawa cerita bohong itu, sebenarnya dia cuma inginkan populariti murah dengan membawa cerita yang tidak benar. Saya tidak ikhlaskan perbuatan anda pada saya kerana cerita sebenar bukan begitu. Semalam air mata saya tumpah kerana cerita dongeng anda, tak pa, semalam hari saya, dan hari anda belum tahu.. Saya dah pernah merasai pahit getir dan tidak takut akan cabaran. Tapi anda belum pasti kerana anda belum berdepan dengna dunia sebenar. Jadi, bersiap sedialah kerana saya pasti apa yang saya rasa pada hari ni akan anda rasai juga nanti cuma cara yang akan dialami tidak sama. Saya percaya, 'what you give, you'll get back.. Kepada awak, andai ini takdirnya saya redha.. kerana saya tahu saya bukan la yang terbaik untuk saya. Saya percaya pasti ada pertemuan yang lebih manis buat saya selepas saya kehilangan awa kerana DIA lebih tahu mana yang terbaik buat saya. Sebb tu DIA pinjamkan awak untuk saya sat saja.

Friday, 9 September 2011

penat dan terus penat


nilahkalau berjaga malam..
hari ini jumaat, rasanya terhitung dah tak larat saya nih. Saya gagahi juga.. Kalau jumaat mcm ni biasanya saya akan bergegas pulang ke KL. Tapi hari ni jadi ajaib bukan apa, ada kelas ganti petang ni sampai 4.30. Assigment ada lagi 4 yang belum siap. Terasa sebal di jiwa. nak tido tak bulih alamat dia petang ni atas padang la saya kalau nk lelap. Inilah cabaran yang saya hadapi bila tua-tua belum bangka lagi nah.. nak mengejar ilmu. Urusan ke Bandung hampir selesai tunggu masa sahaja. Bila ke IKIP belum ada jawapan. harapnya ada berita baik untuk kami hari ni setelah dua tiga hari ni saya kerap kali menerima berita yang kurang baik. Mudah-mudahan Allah mudahkn visi kami nak ke sana nanti. Saya tak pasti jam berapa saya akan balik ke KL. Silap-silap esok pagi. Belum ada keputusan. Kalau susut kerja rumah saya, awal la saya blik. Kalu tidak saya duduk la diam-diam di seremban ni. Hurmm tiba-tiba tengah hari tadi jd homesick sekejap . Teringat kampung halaman .Hahah tak sampai seminggu dah rindu kedah. RIndu mak, rindu ayah. Saya tidak dapat membayangkan saya tanpa ibu bapa saya.. mampukah saya?? Bila difikirkan saya akan jadu lelah dan terus lemah. mereka la penyokong kuat kami selama ini. Cuti raya hari tu sebenarnya belum ckup untuk anak manja seperti saya melepak di rumah. Bukan apa terlalu sibuk hang out. Rasa mcm la sangat di perlukan padahal tidak pun. Kepada anak saya hari ni.. hati2 dalam perjalanan. Ingat apa yang saya pesan pada kamu tadi.

Wednesday, 7 September 2011

Tq bnyk2 saya sangat seronok.... hahaha

Saya sendiri tak tahu apa keseronokan saya hari ni. Yang saya tahu kelas saya habis seawal jam 12 tgh hari. Tq mr lecturer sbb lepas kan kami yang empat orang ni awai. Cuma saya agak ala2 terkilan  gitu dengan sikap teman saya.. bukan apa, imej dia yang suci murni tu kononnya telah dicemari oleh sikap tak matang walaupun dah jadi bapak orang. Saya gak tidak paham mcm mana di tengah padang yang terik dia dengan muke selamba nye tido atas padang dengan keadaan duduk padahal lecturer berdiri , saya rasa sangat la tidak sopan. Bila perlakuan dia begitu tidak menggambarkan imej dia . Hurmm saya menegur untuk diri saya sendiri supaya saya tidak terpilih menjadi insan2 malang sepertinya. Kite kalaupun x larat, x perlu nak ngelat dengan mereka pelbagai alasan kerana saya telah melalui semua fasa itu sebelum ini.jangan ingat dia saja ada barannya . saya juga ada cuma semakin kurang sebab umur dah meningkat tua. Lagipun bila kita mudah marah, maknanya emosi kita masih belum stabil lagi dan kita tidak matang sebenarnya. Apabila berlaku sebarang pertengkaran atau ketegangan urat biasanya saya akan memilih untuk berdiam diri. Bukan apa kalau saya pun melenting juga, takut ada saja yang jadi tak kena nanti. lagipun saya takut bila saya marah satu urat pada muka saya  putus . jadi berkedut la muka sudah tidak comel lagi hahah . saya x punya duit yang berkoyan-koyan untuk pi cucuk vitamin C .. memetik kata-kata ANITA SARAWAK " muke kak nita ni berseri-seri kerana selalu berwuduk' wah3.Tapi saya bukan mcm kak nita, nak bermuduk pun 6 kali sehari saja tu pun 5x untuk solat dan sekali untuk tido. Sekurang-kurangnya kalau saya dijemput 'pergi' masa tu, saya dalam keadaan berwudhuk..jadi saya juga mempraktikkan benda yang sama bila saya marah. Bila saya marah dalam keadaan berdiri saya akan cepat2 duduk. Kalau duduk  saya akan berbaring. Bukan apa, bila kita berdiri pergerakan kita bebas, anggota badan kita bebas untuk menyentuh apa2 saja.  bila duduk ia menghadkan pergerakan saya. selalunya saya cepat sejuk bila marah.. nak marah susah la jugak tapi kalau saya btol2 marah memang makan tak habis.. so nampaknya lepas ini saya kena lagi kerap berwudhuk la supaya saya tidak mudah marah atau melenting2 keh3