 |
| arnab kena kejar haha |
 |
| berjoging dalam kandang arnab |
 |
| di Japanase garden, ikan dia besaq2 betis saya |
 |
| tak dapat ke Disneyland kt sini pun uke |
 |
| ada bnyk pokok pine kt situ rasa cm p dok ober d sea plak |
 |
| menunggu patukan angsa sexy .. |
 |
| habis santai dah tue.. |
 |
| hampir hujan |
 |
| penat selepas mendaki |
 |
| masa ni she ilmar lepas kena kencing dengan arnab jantan |
Kemarin saya tidak sempat langsung menjengah ke blog ini hatta dek kesibukan yang 'terlampau'. banyak tugasan yang diberikan dan perlu dihantar esok Isnin, kalau lambat alamatnya ke Tampin la kami malam esok. Walaupun 'bz' yang terlampau , saya masih sempat meluangkan masa saya menerjah je Bukit Tinggi Pahang . Banyak tempat menarik yang di sana. Saya mengambil kesempatan untuk mengejar arnab dalam kandang dan mendaki sehinggga ke 3500 kaki dari paras laut. Penat tapi menyeronokkan. Hurmmm.. segala persoalan saya terjawab semalam. Apa yang saya cari saya dah saya temui. Tq awak kerana buat saya mcm ni. Awak lebih mendengar cakap-cakap orang lain berbanding dengan kenyataan yang keluar dari mulut saya. Saya sangat sedih dan terluka. Hahahah bak kata sepupu saya, drama swasta apa yang keluaq pagi-pagi buta nih. Tapi serius saya terasa dengan tindakan awak yang menuduh saya berkali - kali. Tapi saya mengambil keputusan untuk tidak membela diri saya kerana saya tahu awak akan terus-terusan menghukum saya. JAdi tak guna saya membela diri kerana saya tahu jawapan awak tetap sama. Saya ditimbuni dengan banyak kerja kursus, tapi semalam saya dibebani dengan kata putus dan tindakan awak. TAk pa awak, saya terima semua tu sebagai satu benda yang positif. Hakikatnya hati saya pecah dan hancur dengan tindakan awak. Saya tahu saya tidak sebaik awak dan semulia awak. Jadi , awak bebas untuk menghukum saya selagi awak mahu. Cuma satu , kepada orang yang membawa cerita bohong itu, sebenarnya dia cuma inginkan populariti murah dengan membawa cerita yang tidak benar. Saya tidak ikhlaskan perbuatan anda pada saya kerana cerita sebenar bukan begitu. Semalam air mata saya tumpah kerana cerita dongeng anda, tak pa, semalam hari saya, dan hari anda belum tahu.. Saya dah pernah merasai pahit getir dan tidak takut akan cabaran. Tapi anda belum pasti kerana anda belum berdepan dengna dunia sebenar. Jadi, bersiap sedialah kerana saya pasti apa yang saya rasa pada hari ni akan anda rasai juga nanti cuma cara yang akan dialami tidak sama. Saya percaya, 'what you give, you'll get back.. Kepada awak, andai ini takdirnya saya redha.. kerana saya tahu saya bukan la yang terbaik untuk saya. Saya percaya pasti ada pertemuan yang lebih manis buat saya selepas saya kehilangan awa kerana DIA lebih tahu mana yang terbaik buat saya. Sebb tu DIA pinjamkan awak untuk saya sat saja.