Tuesday, 6 September 2011

Medique oh Medique




Saya nak perkenalkan salah seorang anak saya di sini. Nama dia Nor Farah Hani   binti Safie tapi kawan-kawan dia panggil dia Medique. Menurut pencerita mana saya pun tak pasti, gelaran ini diberi oleh senior dia kalau tak salah kak Yusra semasa dia dalam tingkatan satu. Bukan apa mabuk tengok Awal Ashaari sampai sanggup lari dengan kain telekung semata-mata nak tengok cerita cinta Medik. Medique ni seorang atlet la. "jumper' untuk triple jump, sesuai dengan fizikal dia yang lebih kurang 165cm. Selain tu , Medique ni jugak seorang spiker Volleyall . Dah nama pun atlet hampir semua sukan dia main kecuali sumo dengan angkat berat kot. Yang saya tau, Medique ni agak pendiam bila ada dengan saya. Dia hanya akan bising sangat-sangat bila zon perang bermula. Saya ingatkan saya pembuli rupa-rupanya dia lagi jaguh . Hebat daripada saya.. Anak Mommy. saya panggil Medique ni dengan gelaran adik. Hobi dia adalah cubit orang. (saya adalah salah seorang mangsa dera dia) Kelebihan yang mungkin tak dak pada saya ada pada dia. Dia sangat la terror bermain sms . kalau buat pertandingan SMS mungkin dia la ratu. Medique ni tulih sms tanpa tengok handfon. Hebat tu. Lagi satu dia juga terror reply sms atas motosikal.Harap-harap tak makan tar la nanti. Tapi lepas ni kalau dia nak cuba lagi pun uke jer.. saya hantar je trafik mana-mana pi tunggu , bagi surat chenta kat dia. Pada saya, Medique ni sangat setia bila berkawan. Dia sanggup terima semua apa yang kawan-kawan dia buat kat dia. kadang-kadang kesian tapi apa kan daya dah sayang  yer.. x gitu Medique. Saya selalu pesan, kawan tu biar la berpada-pada jadi macam saya makan tak habis.. Apapun saya sangat senang bila ada dengan kamu Medique. Kite selalu bertengkar daripada isu FB sampai la isu perang kat Toropoli . last-last kita yang perang. Walau macammana pun saya tetap sayang kat anak saya yang sorang nih. Selalu saja dalam baik saya terkena. Mudah-mudahan kejayaan sentiasa mengiringi kamu setiap masa dan ketika. Ingat kami sentiasa menyokong kamu tak kira la sama ada dalam keadaan susah dan senang.Perjalanan kamu masih panjang. Jangan salah pilih jalan takut menyesal di kemudian hari. Ingat, peduli seperti ibu, marah seperti ayah  mencintai lebih daripada seorang kekasih.. itulah sahabat sejati kamu. Dia akan ada untuk kamu di saat kamu senang dan tidak akan meninggalkan kamu tatkala kamu susah. Carilah.. Dia ada di situ untuk kamu..

No comments:

Post a Comment