Setelah hampir tiga bulan baru saya berpeluang untuk mengupdate blog ni. Cuti selama 46hari dimanfaatkan sepenuhnya.. meronda sakan.
PAsti mekanik keta saya akan terkujat pengsan kerana saya berjaya menghabiskan 5000km dlm masa x sampai sebulan.. Hebatkan .berjalan sungguh. Kalau la keta saya tu mampu berkata-kata dia pasti kata .. AKU BISA haha..
Kepulangan saya ke hometown penghujung Oktober lalu setelah berkelana selama 14 minggu di Seremban cukup mengejutkan saya.. Bukan apa, DIA , setelah sekian lama menghilangkan diri akhirnya muncul secara tiba-tiba. Saya sangat bersyukur dan menadah tangan kepadaNYA kerana kembali kan 'dia' pada kami semula.. Saya tidak mahu apa2 darinya cukup sekadar dia mampu melakukan sesuatu demi masa depannya sendiri. Sesuatu yang membawa kebaikan kepada agama, famili dan masyarakat.
Dia itu saya jaga seperti darah daging saya sendiri kerana diamanahkan oleh ayahnya yang agak busy dengan urusan duniawi. Alasan ringkas yang diberikan dia terlalu sibuk dengan urusan harian. Almaklumlah sibuk membuka banyak cwangan. Dia, si anak saya terima dengan senang hati kerana saya beranggapan bahawa itu adalah amanah si ayah pada saya. Anak orang tetap anak orang. Saya cuba membentuk si Dia dengan acuan saya sendiri kerana tercabar dengan ego si ayah yang berkata pada saya.. "Saya dah cuba acuan saya, Fad cubalah acuan Fad, tengaok berjalan atau tidak?". Saya sahut cabaran si ayah. ternyata formula saya agak berkessan. Tumpuan dan kasih sayang adalah pnting dalam sesuatu institusi kekeluargaan.
Entah di mana salahnya saya lupa.. bahawa si dia itu anak orang bukan anak saya. Tindakannya kembali ke tabiat asal benar2 mencabar dan menduga keimanan saya. jadi saya mengambil keputusan untuk meninggalkan hometown saya dan berkelana ke seremban untuk mengubati rasa sakit hati .
Benar lah kata orang tua, jika seseorang itu pergi meninggalkan kita, lepas kan dia , jika dia pulang semula ke pangkuan kita, kita adalah lebih baik dari yang sebelumnya. Jadi jangan pernah melepaskan dia pergi lagi sekali.
Hurmm , entah di mana silapnya saya dan dia.. kami terpisah lagi sekali kali ini bukan apa untk memuaskan hati keluarganya yang tiba2 menjadi kurang senang dengan saya akibat dari hasutan . Saya tak kisah kerana saya pernah kehilangan dia dan tidak pernah takut untuk rasa hilang lagi sekali. Kehilangan dia sewaktu kali pertama amat memeritkan dan mungkin kehilangan dia pada waktu ini tidak seteruk dahulu, Cuma satu peringatan , saya pernah membantu keluarga ini tetapi akhirnya saya disakiti dengan fitnah dan hinaan. Tapi saya percaya pada KARMA, dan WHAT YOU GIVE YOU'LL GET BACK. Dan saya pasti itu akan berlaku kerana kita tidak akan selamanya berada di atas. Saya terima penghinaan ini sebaiknya kerana saya tahu siapa saya, dan saya tahu siapa mereka. Yang ada dalam hati sekarang rasa simpati kerana tidak mahu DIA terus-terusan berada dalam keadaan yang tidak betul. Kepada DIA saya betul2 mahu anda berubah menjadi anak yang baik dan taat padaNYA. Saya tanggung penghinaan ini demi awak supaya awak menjadi manusia yang hidup berlandas fitrah. Bukan beralih arah. Saya tahu satu hari nanti awak pasti akan berubah . Cuma masa, keadaan yang membezakannya. Saya akan terus bersabar menunggu hari itu. Sebab saya tahu , kalau hidayah tu ALLAH nak berikan pada awak, sekejap saja awak pasti boleh berubah. Saya harapkan HIDAYAH itu ada untuk awak sebelum saya menutup mata...



