Saturday, 3 September 2011

Lepaking wif the kids



setelah sekian lama, berada dalam zon perang hari ni  gencatan senjata diadakan. Terima kasih sbb sudi keluar dengan mommy awak yang agak nakal ni. Setiap saat yang kite lalui adalah yang terindah untuk saya. Walaupun saya seorang pembuli tetapi ternyata awak lagi hebat dan berjaya membuli saya dengan jayanya sekali. Cubitan awak adalah nadi saya , kekuatan saya dan semangat saya. saya cuma menumpang kasih sayang anak orang lain yang saya anggap seperti anak saya sendiri. kerana awak jugalah air mata saya menitis berkali-kali . saya takut akan kehilangan kerana saya pernah kehilangan berkali-kali sebelum ini. Biar apapun tanggapan awak pada saya, biar jahat mana saya pun pada mata awak, awak adalah orang yang menghiasi hari-hari saya dengan sifat buli tu. Awak melengkapi apa yang saya kurang hahaahahah.. Awak adalah sahabat yang baik untuk kawan-kawan awak. Jadi kekalkan begitu. saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk awak wahai cik Farrah Piee.. semoga kejayaan terus mengiringi awak setiap masa dan ketika. Saya sentiasa menyokong awak dalam apa keadaan kerana saya tahu awak tahu mana yang terbaik untuk awak.

No comments:

Post a Comment