Hari ni baru saya berpeluang untuk mengup date blog ni. Terasa sgt x sempat. Kekangan masa dan keadaan. Sejak blik dr terengganu, minggu berikutnya saya menjelajah ke Taman Negara Tahan dan yang terakhir sekali terbang ke Kota kembang, Bandung. Banyak pengalaman unik, tersurat dan tersirat saya lalui.. banyak pengalaman saya lihat dan saya teliti. betapa bersyukurnya saya berada di tempat sendiri. Bandung memang mengasikkan. Kotayang penuh dengan keindahan alam. Tapi apa boleh buat, tekak saya tekak orang malaysia. Makanan di sana mungkin tidak banyak berbeza dengan kita. tetapi tak tahu la kenapa tekak saya sukar menerima. Hari last di sana, setelah saya diisytihar jutawan FAKIR merupakan hari yang paling saya tunggu. Bukan apa, rindu nak dengar suara family dan 'anak-anak ' saya. Terasa lama walaupun saya ke sana sekejap saja.Walaupun tekak tidak dapat menerima masakan sana, tetapi hati saya berbunga-bunga untuk kembali ke sana lagi. Bukan apa, saya rasa sedikit tenang apabila berada di celah-celah bukit yang nyaman berpaksikan kepada keindahan dan kesejukan alam semulajadi. saya cuma anak kampung yang membesar di kampung. Kadang-kadang saya merindui masa silam saya. Saya bebas dari memikirkan keserabutan dan masalah kerja. Waktu saya hanya ditumpukan dengan belajar la sangat dan bermain. berlari-lari di atas batas bendang, menangkap ikan dan memnjat pokok. Kalau saya dapat putar waktu 20 tahun dulu, saya la manusia yang paling bahagia masa tu. Tapi apakan daya.. saya perlu menempuh hidup ini dengan berani. kadang-kadang saya goyah juga.Masa tu , tiada tempat saya mengadu dan betul2 mengharap keajaiban dari DIA. Alhamdulillah.. DIA sangat hebat. MelaluiNya saya bangun dan melangkah kembali.
 |
| ni di Cihampelas lepas beli kain batik kt family |
 |
| Bersama housemate dan juga org yg bnyk membntu saya dalam misi ni |
 |
| bersama2 dengan lecturer jabatan PJ IPGKRM |
 |
| Di Tangkuban Perahu |
 |
| Teman baik saya, Charli Irawan di Puncak Bandung |
 |
| Masa ni bahagia sangat sbb dlm perjalanan pulang |
 |
| Saya di Taman Negara |
 |
| Depan rumah orang asli suku Batik |
Minggu lalu adalah minggu yang agak best bagi saya kerana setelah sebulan, saya berpeluang kembali ke kampung saya. Benarlah kalau dah jiwa kedah tetap Kedah juga. Bayangkan ,saya memandu sendirian tanpa henti semata-mata mahu menjenguk ibu ayah dan 'anak-anak ' saya yang dah lama saya tinggalkan. Saya sangat bahagia dapat menghabiskan dua hari di sana bersama-sama mereka. Sangat indah walaupun terselit cerita suka di dalam duka. Inilah yang selalu saya impikan selama saya berada di sini. jauh memang jauh walaupun tidak sejauh Kanada tetapi saya tidak dapat berjumpa dengan famili dan anak-anak saya seperti selalu. Hari ini untuk ke berapa kalinya saya perang lagi.. tapi perang kali ni sangat menyesakkan dada. Sekarang saya mampu menadah tangan agar peperangan ini berada di penghujungnya. Saya tidak mahu memusuhi dan dimusuhi oleh orang yang saya sayang. tapi berperang itu adalah satu kelaziman bagi saya untuk betulkan keadaan. Mungkin belum masanya dia sedar dan tahu kenapa saya mencetuskan perang itu. Kepada dia kalau terbaca blog ini.. saya dengan rendah hati pohon dimaafkan . Sebab yang saya tahu mungkin saya keterlaluan tapi itu lah sebenarnya impak di laur jangkaan. Saya adalah manusia yang sukar diramal oleh sesiapa dan saya juga sukar meramal siapa saya.. Semuanya akan tercetus sendiri apabila berlaku perkara yang saya rasa sukar untuk saya fahami.
No comments:
Post a Comment